Kehidupan seorang hamba yang lemah...,

Hidup ibarat roda... ade masenye kita di atas, dan ada kalanya kita akan berada di bawah....
,
Realiti kadang-kadang tidak akan seindah impian..
Terimalah hidup ini apa Adanya, kerana setiap yang berlaku ada hikmatnya... Tuhan tidak akan menduga hambanya dengan sia2... Pasti ada sebab dan tujuanNya kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..Tuhan tidak akan menduga hambaNya melebihi apa yg hambaNya mampu tanggung....

Friday, July 8, 2011

"sakitnya kecewa tapi jangan lupa akan cinta Allah"


Terpikir betapa sukarnya untuk diharungi, hanya sepi terasa menemani, membiarkan fikiran dan hati terus meronta-ronta ,resah bercampur hiba.. betapa terlukanya hati, betapa kecewanya jiwa … sakitnya menusuk segenap hati dan seluruh jiwa bagai tiada gambaran yang dapat dibayang lagi…
Kerana kehilangan cinta sang manusia. Terasa Bagaikan hidup tiada makna… sakitnya hanya jiwa yg merasa.. bagaikan tiada penawar yang dapat mengubatinya..  hanya tangisan yang menemani, hanya tangisan jalan yg kononnya dapat memberi kekuatan..

luahlah wahai hati, luahlah.. andai itu dapat meredakan jiwa.. menangislah sepuasnya, andai itu dapat menghilangkan rasa peritnya kecewa.. sungguhnya hanya engkau yg tahu, hanya engkau yg rasa..

kita hanya manusia biasa, manusia yg punya rasa.. manusia yg punya kelemahan.. sememangnya hanya tangisan yg akn mengiringi setiap genap kemusnahan cinta itu..

TIDAAAK!!!
Kau kuat wahai diri… kau kuat.. kau seorang insan yg kuat.. percayalah kau punya kekuatan…
bangkitlah wahai diri, bangkit lah engkau untuk terus hidup…
Jangan dilayan akan rasa pahitnya kecewa, kerana setiap kepahitan akan punya manisnya..
Kuatkan hatimu, cekalkan jiwamu… bangun lah kau dari rasa sakit akan kecewa itu.. bangkitlah melangkah kehadapan tanpa kau berpaling kearah kekecewaan itu..
Ingatlah, andai diturut rasa kecewa itu, ia hanya melemaskan mu dalam kelemahan… akan menjatuhkanmu dalam curang kesepian yg akan membuatkan engkau merasa kesakitan..
Percayalah kegelapan yang kau rasa tika kau kehilangan cinta hanya dusta.. yakinlah bahwa kau masih punya cahaya di hadapan sana…

Jangan kau biarkan dirimu terus hayut oleh rasa kecewa itu… jangan kau sesekali biarkan kesakitan itu merebak keseluruh hidupmu.. jangan kau hilangkan senyum dan tawamu kerana akan kehilangan cinta itu..jangan kau biarkan dirimu terus tersungkur meratap sayu bagaikan tiada cahaya yang akan menemani perjalanan hidupmu…

Teruslah berjalan wahai diri,  kehidupanmu akan jelas dihadapan …iringilah senyuman di setiap perjalananmu.. percayalah akan ada kemanisan yang akan engkau rasakan..

p/s : Ingatlah sekecewa manapun kamu dengan cinta manusia, kau masih punya cinta yang kekal abadi.. iaitu CINTA dariNYA….

Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini dalam mengharungi setiap ujianMu.. berikan diriku ketabahan jiwa… sungguhNya aku masih punya Kamu, Ya Tuhanku…
Berikan aku merasakan kemanisan CINTAMU yang kekal abadi itu sebelum aku menemukan cinta manusia yang kau ciptakan untukku di dunia ini…