Kehidupan seorang hamba yang lemah...,

Hidup ibarat roda... ade masenye kita di atas, dan ada kalanya kita akan berada di bawah....
,
Realiti kadang-kadang tidak akan seindah impian..
Terimalah hidup ini apa Adanya, kerana setiap yang berlaku ada hikmatnya... Tuhan tidak akan menduga hambanya dengan sia2... Pasti ada sebab dan tujuanNya kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..Tuhan tidak akan menduga hambaNya melebihi apa yg hambaNya mampu tanggung....

Monday, November 29, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Aku terasa tertarik dgn note yg di post oleh kwn aku kat fb...
jadi, aku ingin berkongsi dgn semua org...  
renung2 kan lah...,
selamat membaca k...

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

Saturday, November 27, 2010

SolAt Itu TiaNg AgAmA

sOlat....!
   sOlat....!

Bapak aku selalu ckp, SOLAT tu tiAng agama...
kalu x SOLAT segala amalan kita ibarat tiada gunanya sbb xde tiang..
ibarat rumah xde tiang, roboh lah kn rumah tu....huhuhu..

SOLAT itu wajib, Ia merupakan salah satu rukun islam..
 islam ke kita andai tinggalkan solat,
sedangkan ia antara rukun islam.. pk2 lah yerk....
Solat itu menghubungkan manusia dengan penciptanya iaitu Tuhan - kuasa yang paling Agung.
 Di akhirat nanti amalan pertama yang dilihat Allah ialah SOLAT 5 WAKTU..

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Ditegakkan Islam atas 5 perkara, pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yg di sembah  dengan sebenarnya melainkan Allah, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu 
Rasulullah. Mendirikan sembahyang. Mengeluarkan zakat. Berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji..."

SOLAT itu juga penawar kesedihan...
Bila kita dlm ketakutan, bila kesedihan melingkari perasaan
 dan juga bila kegelisahan menyelimuti jiwa, 
segeralah mendirikan solat. 
Dengan izin-Nya jiwa kita akn kembali tenang dan tenteram...

Allah S.W.T berfirman:
"Hai orang-orang yg beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.
Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yg sabar."
                                         
                                                           (al-Baqarah;153)

Seseorang itu tidak akan memeiliki kekuatan yg akan membawa kpd ketenangan 
dan rasa aman kecuali dgn SOLAT.

Betapa besarnya nikmat Solat lima waktu sehari semalam andai kita menyedarinya.
Ia merupakan sebagai penghapus dosa-dosa,
dan akan mengangkat darjat kita.
SOLAT juga akn memperbaiki diri kita, memberi rasa aman 
dan ketenangan kpd kita.
Lantas ia merupakan penawar terbaik utk diri.

Apabila kita meninggalkan solat, 
maka kita akan menghadapi kegelisahan kepada kegelisahan lain, 
dari satu kesedihan kpd kesedihan lain
dan dari satu kesulitan kpd kesulitan lainnya.
Dengan itu, jelas lah, SOLAT itu tiang agama.
Dengan solat, segala amalan kita yg lain akan di terima
dan sempurnalah kehidupan agama islam kita..

Semalam, Aku ada terbaca satu article yg menceritakan
tentang air tangan org yg tidak solat...
Dlm article itu mengatakan,
Meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir...
MasyaAllah, bertapa hinanya kita andai kita tidak mendirikan solat 5 waktu..
Dlm article itu ada menceritakan Satu kisah yg berlaku pd zaman Nabi Musa A.S..
Dlm kisah itu, menyatakan betapa hinanya air tangan org yg tidak solat,
sehinggakan  air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat di katakan lebih hina dari air kencing khinzir...
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangannya lagi....
Jadi, sama-sama lah kita fikirkan... betapa tingginya ibadat solat 5 waktu itu...
dan betapa hinanya orang-orang yg meninggalkan solat 5 waktu itu...

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali 
(dan untuk umat Islam), 
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". 
Maknanya, 
"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan 
dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" 

Ya, Allah...
Ku mohon keampunan dari-Mu...
Berilah hamba-Mu ini peluang utk membaiki segala kesilapan lalu..
Jangan KAU masukkan aku ke dalam golongan yg sehina itu..
Ya, Allah...
terimalah solatku, amalanku dan ibadatku..
Sesungguhnya hanya Engkau satu-satunya  Tuhanku...


p/s : Marilah kita sama2 berusaha dari tidak meninggalkan ibadat solat. 
Agar segala ibadat dan amalan kita yg lain di terima oleh-Nya.
Sama2 lah kita membaiki kesilapan kita selama ini.. 
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lg Maha Pengampun dosa hamba-hamba Nya.. 
Semoga Dia menerima segala amalan kita dan mengampunkan kita.. Amin..

Friday, November 26, 2010

lu pikirlah sendiri...,huhuhu

I would like to share something..
Semua ni adalah pada pandangan sy jea..
tidak ditujukan pada seseorang yg spesific..
untuk semua org..
berikan la comment yg bernas.. 



Jgn lh kite suke menyalahkan orang lain, lihat pada diri kite terlebih dahulu, kan lebih elok kalau kita membetulkan diri org lain DAN juga diri KITA SENDIRI JUGA! 


kalau kita dah tau kita yg salah, buat apa nk tension? kau dah byk sshkan dia, so what?? 
perlu ke kau tension?? cari jalan utk x susahkan dia, bukannya terus tension! 
mmg la tension, tp jgn terlalu ikutkan perasaan...


orang sayangkan kau, perlu ke kau amik kesempatan atas kasih sayang yg org tu berikan?? fikir lah perasaan dia, jgn fikir pasal perasaan sendiri jerk...


dia sayangkan kau, so kau fikir ko bleh curang, tipu or bt ape ko suka, sebab dia x akan tinggalkan kau?? 
silap besar, kesabaran org ada tahapnya, cermin diri dlu, kau bergantung pada dia, dan dia juga bergantung pada kau, tapi, boleh ke kau hidup tanpa bergantung pada dia? atau ada fikir x sebaliknya??


Jangan fikir orang laen x ada perasaan, orang laen pon manusia jugak. 
Kenapa kita perlu tipu org yg kte ckp kite sayang?? btol2 sayang ke kite kat orang tu sampai kite sanggup tipu die?? kenapa tergamak lukakan hati org yg sayang kite?? x elok mcm tu..  
igt, org yg terluka, akan jd lebih kuat satu masa nanti. Pada masa tuh, tiada kemaafan bagi mu.. hehehe..

Jangan fikir orang yang pendiam tidak memberontak.. 

jangan ingat org akan ikotkan kehendak kite je..
1 hari ble kite hilang orang yg sygkan kite, jgn pulak nak menyesal..


Conclusion is.. 
kau tipu dia, dia pasti BENCI kau, kau x jujur dgn dia, lagi membuak2 dia nk TINGGALKAN kau, manusia BERPERASAAN, jd, jagalah HATI masing2, makan boleh sebarang makan, tp klu perbuatan tuh, agak2 lah weeii....



Thursday, November 25, 2010

'sahabat', 'kawan' dan 'rakan'

Sekarang jam menunjukkan pukul 4.10 pm.. sementara menunggu cerita Ulek Mayang kat tv3 tu , tercetus idea nak buat entry ni...
Sahabat, Kawan dan Rakan.. tiga perkataan berbeza yg mempunyai maksud yg sama tapi x serupa...

Oh, sahabat...
    Oh, kawan...
       Oh, rakan..,

Sahabat..bagi aku terlalu mendalam maksud dia, seorang sahabat sanggup berkongsi apa sahaja yg di alami..suka, duka.. Di dunia ni bukan senang nak mencari sahabat yg setia betol x? tp bg aku sahabat yg paling setia adalah familyku dan merekalah yg sesuai jd sahabatku sehingga akhir hayat.. Aku adalah anggap beberapa org sebagai sahabatku..mmg kami rapat, serasi, kalau berjauhan mesti rindu-rinduan tapi aku tak tahulah persahabatan ini akn kekal sampai bila.. harap2 akan kekal sampai bila2 lah kn..hihihi... kerana tanpa sahabat, aku akn rasa kesepian..,

Kawan...kawan ni maksud dia x begitu mendalam berbanding sahabat..terdapat macam2 jenis2 kawan..selalu org guna pekataan ni 'kawan makan makan'..kenapa x guna pekataan 'sahabat makan sahabat' atau 'rakan makan rakan' hehehe...kat situ dah memberi makna bahawa kawan itu sangat kurang sempurna karakternya..hmmm..hati2 lah memilih kawan jgn smpai kita kecundang...

Rakan plak...rakan ni lg kecil skop dia tapi besar kuantitinya berbanding sahabat..misalnya rakan sekelas @ rakan seperjuangan, rakan karib sama makna juga dgn sahabat hehhe..

p/s:: ape pun maknanye...ketiga2 berkataan ni mmg mempunyai nilainya tersendiri cuma kita perlu bijak memilih seseorang sama ada untuk dijadikan rakan, teman atau sahabat...

Wednesday, November 24, 2010

Hari Ini Milik Kita

Harimu !
Harimu !

"Jika engkau berada di pagi hari maka jgn tunggu petang hari, 
Jika engkau di petang hari jgn tunggu esok pagi"

Bila berada di pagi hari, jgnlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan utk hidup. Tidak perlu fikirkan hari kelmarin yg tlh berlalu dgn segala kebaikan dan keburukan yg menghiasinya. Tidak juga dgn hari esok yg belum tentu datang....
Kehidupan adalah hari ini yg kita jalani sekarang, bukan hari kelmarin yg telah lalu dan bukan pula hari esok yg tidak pasti akan kehadiranya..

"apa yg telah berlalu tidak akn kembali, masa depan juga sesuatu yg misteri. kehidupan sebenarnya adalah waktu di mana kita berada sekarang"

Bayangkanlah kita hanya hidup untuk satu hari ini saja. Seolah-olah dilahirkan dan akan mati pada hari ihi juga...  Jadi hargailah hari ini dengan penuh kesyukuran.. Uruslah waktu kita sebaik mungkin. Jadikanlah minit demi minit seolah hintungan tahun dan detik demi detik seolah hintungan bulan. Semailah benih2 kebaikan, beristighfarlah dari segala dosa, ingat pada Allah selalu dan bersiaplah utk perjalanan pnjg yg akn kita tempuh..Jalanilah hidup hari ini tanpa ada kesedihan, kegundahan, gangguan, kemarahan, kebencian atau sakit hati. ungkaplah di lubuk hati "harimu, harimu"...

"Jika hari ini kita dapat meneguk air yg segar, knpa harus bersedih dgn air garam yg kita minum kelmarin atau air yg tidak pasti akan diminum di hari2 esok yg akan datang.."

Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan : " apa yg telah berlalu telah berakhir dan tidak akan pernah kembali. Semuanya telah berakhir tenggelam seperti matahari. Aku tdk akn menangisimu dan aku tidak akn menyisakan sedikit waktu pn utk mengenangmu. Kau telah pergi meninggalkanku dan tidak akn kembali lg." " Wahai masa depan, kau juga masih misteri, masih dlm keghaiban.. Aku tidak akn larut dgn mimpi2 dan menjual diri dgn sesuatu yg tidak pasti. Aku juga tdk akn memburu sesuatu yg blm pasti ada kerana hari esok belum tentu ada sebab ia belum diciptakan."

"hari ini milikmu" merupakan ungkapan paling indah yg ada dlm kamus kebahagiaan dan dlm kamus kehidupan bg sesiapa yg menginginkan kebahagiaan.. Harimu, harimu.."

Tuesday, November 23, 2010

Sujudku Hanya Pada-Mu, Ya Rabbi.....

 HANYA DIA YANG SATU


sekalipun kulukiskan keagunganMu 
dalam goresan
sebagai tanda kesucian yg mempererat jiwa
Engkau tetap Yg Teragung
dan tempat segala yg bermakna.
Ya Tuhan, hanya pada keagunganMu
segalanya terasa lapang................,


Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dgn kesenangan, kesedihan ini dgn kegembiraan
dan hilangkanlah perasaan takut ini kpd ketenteraman..
Ya Allah, sejukkan gelora hati dgn salji keyakinan dan 
padamkan gelojak api jiwa dgn air keimanan...
Ya Allah, berikan rasa damai bg jiwa2 yg resah ini,
dan berikan kemenangan yg nyata..
Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu, bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu dan menuju petunjukMu..
Ya Allah, lenyapkan segala keraguan dgn cahaya mentari di ufuk timur.
Hancurkan segala kebatilan yg bersarang di dlm perasaan dgn secerah sinar kebenaran.
Hapuskan syaitan dgn pertolongan bala tenteraMu...., AMIN

Monday, November 22, 2010

Disebabkan satu kesilapan, Aku menulis kerana keresahan...


Hidup mencari Cinta-Nya bukan satu perkara yg mudah...  aku hanya insan yg lemah, yg  xdpt lari dari melakukan kesilapan... Aku selalu saja tewas.. Ya Allah, lemahnya aku.. lemahnya imanku..
Ku mohon pada-Mu, petunjuk ke Landasan-Mu...  
Jgn sesekali kau palingkan aku dari Rahmat-Mu, sesungguhnya aku sentiasa perlukan Petunjuk-Mu, Kasih Sayang-Mu, Cinta-Mu...
Ku menangis dalam sujudku memohon keampunan dari-Mu, ku rindu kan Kasih dan Cinta-Mu Ya Tuhanku....,