Kehidupan seorang hamba yang lemah...,

Hidup ibarat roda... ade masenye kita di atas, dan ada kalanya kita akan berada di bawah....
,
Realiti kadang-kadang tidak akan seindah impian..
Terimalah hidup ini apa Adanya, kerana setiap yang berlaku ada hikmatnya... Tuhan tidak akan menduga hambanya dengan sia2... Pasti ada sebab dan tujuanNya kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..Tuhan tidak akan menduga hambaNya melebihi apa yg hambaNya mampu tanggung....

Saturday, November 27, 2010

SolAt Itu TiaNg AgAmA

sOlat....!
   sOlat....!

Bapak aku selalu ckp, SOLAT tu tiAng agama...
kalu x SOLAT segala amalan kita ibarat tiada gunanya sbb xde tiang..
ibarat rumah xde tiang, roboh lah kn rumah tu....huhuhu..

SOLAT itu wajib, Ia merupakan salah satu rukun islam..
 islam ke kita andai tinggalkan solat,
sedangkan ia antara rukun islam.. pk2 lah yerk....
Solat itu menghubungkan manusia dengan penciptanya iaitu Tuhan - kuasa yang paling Agung.
 Di akhirat nanti amalan pertama yang dilihat Allah ialah SOLAT 5 WAKTU..

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Ditegakkan Islam atas 5 perkara, pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yg di sembah  dengan sebenarnya melainkan Allah, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu 
Rasulullah. Mendirikan sembahyang. Mengeluarkan zakat. Berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji..."

SOLAT itu juga penawar kesedihan...
Bila kita dlm ketakutan, bila kesedihan melingkari perasaan
 dan juga bila kegelisahan menyelimuti jiwa, 
segeralah mendirikan solat. 
Dengan izin-Nya jiwa kita akn kembali tenang dan tenteram...

Allah S.W.T berfirman:
"Hai orang-orang yg beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.
Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yg sabar."
                                         
                                                           (al-Baqarah;153)

Seseorang itu tidak akan memeiliki kekuatan yg akan membawa kpd ketenangan 
dan rasa aman kecuali dgn SOLAT.

Betapa besarnya nikmat Solat lima waktu sehari semalam andai kita menyedarinya.
Ia merupakan sebagai penghapus dosa-dosa,
dan akan mengangkat darjat kita.
SOLAT juga akn memperbaiki diri kita, memberi rasa aman 
dan ketenangan kpd kita.
Lantas ia merupakan penawar terbaik utk diri.

Apabila kita meninggalkan solat, 
maka kita akan menghadapi kegelisahan kepada kegelisahan lain, 
dari satu kesedihan kpd kesedihan lain
dan dari satu kesulitan kpd kesulitan lainnya.
Dengan itu, jelas lah, SOLAT itu tiang agama.
Dengan solat, segala amalan kita yg lain akan di terima
dan sempurnalah kehidupan agama islam kita..

Semalam, Aku ada terbaca satu article yg menceritakan
tentang air tangan org yg tidak solat...
Dlm article itu mengatakan,
Meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir...
MasyaAllah, bertapa hinanya kita andai kita tidak mendirikan solat 5 waktu..
Dlm article itu ada menceritakan Satu kisah yg berlaku pd zaman Nabi Musa A.S..
Dlm kisah itu, menyatakan betapa hinanya air tangan org yg tidak solat,
sehinggakan  air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat di katakan lebih hina dari air kencing khinzir...
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangannya lagi....
Jadi, sama-sama lah kita fikirkan... betapa tingginya ibadat solat 5 waktu itu...
dan betapa hinanya orang-orang yg meninggalkan solat 5 waktu itu...

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali 
(dan untuk umat Islam), 
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". 
Maknanya, 
"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan 
dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" 

Ya, Allah...
Ku mohon keampunan dari-Mu...
Berilah hamba-Mu ini peluang utk membaiki segala kesilapan lalu..
Jangan KAU masukkan aku ke dalam golongan yg sehina itu..
Ya, Allah...
terimalah solatku, amalanku dan ibadatku..
Sesungguhnya hanya Engkau satu-satunya  Tuhanku...


p/s : Marilah kita sama2 berusaha dari tidak meninggalkan ibadat solat. 
Agar segala ibadat dan amalan kita yg lain di terima oleh-Nya.
Sama2 lah kita membaiki kesilapan kita selama ini.. 
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lg Maha Pengampun dosa hamba-hamba Nya.. 
Semoga Dia menerima segala amalan kita dan mengampunkan kita.. Amin..

No comments:

Post a Comment