Kehidupan seorang hamba yang lemah...,

Hidup ibarat roda... ade masenye kita di atas, dan ada kalanya kita akan berada di bawah....
,
Realiti kadang-kadang tidak akan seindah impian..
Terimalah hidup ini apa Adanya, kerana setiap yang berlaku ada hikmatnya... Tuhan tidak akan menduga hambanya dengan sia2... Pasti ada sebab dan tujuanNya kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..Tuhan tidak akan menduga hambaNya melebihi apa yg hambaNya mampu tanggung....

Wednesday, November 24, 2010

Hari Ini Milik Kita

Harimu !
Harimu !

"Jika engkau berada di pagi hari maka jgn tunggu petang hari, 
Jika engkau di petang hari jgn tunggu esok pagi"

Bila berada di pagi hari, jgnlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan utk hidup. Tidak perlu fikirkan hari kelmarin yg tlh berlalu dgn segala kebaikan dan keburukan yg menghiasinya. Tidak juga dgn hari esok yg belum tentu datang....
Kehidupan adalah hari ini yg kita jalani sekarang, bukan hari kelmarin yg telah lalu dan bukan pula hari esok yg tidak pasti akan kehadiranya..

"apa yg telah berlalu tidak akn kembali, masa depan juga sesuatu yg misteri. kehidupan sebenarnya adalah waktu di mana kita berada sekarang"

Bayangkanlah kita hanya hidup untuk satu hari ini saja. Seolah-olah dilahirkan dan akan mati pada hari ihi juga...  Jadi hargailah hari ini dengan penuh kesyukuran.. Uruslah waktu kita sebaik mungkin. Jadikanlah minit demi minit seolah hintungan tahun dan detik demi detik seolah hintungan bulan. Semailah benih2 kebaikan, beristighfarlah dari segala dosa, ingat pada Allah selalu dan bersiaplah utk perjalanan pnjg yg akn kita tempuh..Jalanilah hidup hari ini tanpa ada kesedihan, kegundahan, gangguan, kemarahan, kebencian atau sakit hati. ungkaplah di lubuk hati "harimu, harimu"...

"Jika hari ini kita dapat meneguk air yg segar, knpa harus bersedih dgn air garam yg kita minum kelmarin atau air yg tidak pasti akan diminum di hari2 esok yg akan datang.."

Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan : " apa yg telah berlalu telah berakhir dan tidak akan pernah kembali. Semuanya telah berakhir tenggelam seperti matahari. Aku tdk akn menangisimu dan aku tidak akn menyisakan sedikit waktu pn utk mengenangmu. Kau telah pergi meninggalkanku dan tidak akn kembali lg." " Wahai masa depan, kau juga masih misteri, masih dlm keghaiban.. Aku tidak akn larut dgn mimpi2 dan menjual diri dgn sesuatu yg tidak pasti. Aku juga tdk akn memburu sesuatu yg blm pasti ada kerana hari esok belum tentu ada sebab ia belum diciptakan."

"hari ini milikmu" merupakan ungkapan paling indah yg ada dlm kamus kebahagiaan dan dlm kamus kehidupan bg sesiapa yg menginginkan kebahagiaan.. Harimu, harimu.."

No comments:

Post a Comment