Kehidupan seorang hamba yang lemah...,

Hidup ibarat roda... ade masenye kita di atas, dan ada kalanya kita akan berada di bawah....
,
Realiti kadang-kadang tidak akan seindah impian..
Terimalah hidup ini apa Adanya, kerana setiap yang berlaku ada hikmatnya... Tuhan tidak akan menduga hambanya dengan sia2... Pasti ada sebab dan tujuanNya kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..Tuhan tidak akan menduga hambaNya melebihi apa yg hambaNya mampu tanggung....

Wednesday, December 26, 2012

"aku rindu ayah"

"kasih yang tak bernoktah" 
"rindu yang tak terhenti"

Kehidupan tanpa lelaki bergelar seorang ayah amat sukar.. Setelah kehilangan baru ku rasa bertapa sukarnya hidup ini tanpa "ayah".. Lagi2  aku anak bongsu yg sentiasa mendapat perhatian dari ayah.. Hari-hariku kini berlalu tanpa ayah disisi, aku terasa kosong dan sunyi.. Kalau dulu, bila berjauhan dari kg, panggilan tel dari ayah hari2 akan aku dengari.. ayahlah satu-satunya lelaki yang sanggup melayan semua karenah aku. Tapi kini semua itu hanya tinggal kenangan.. Kadang-kadang aku jeles tengok kawan-kawan bercerita pasal ayah masing-masing..
Aku jeles.... tapi hakikat yang sebenar, aku rindu.. aku rindu pada insan itu, insan yang bergelar "ayah"... Kadang- kadang aku menangis sehingga dalam tidur aku teresak-esak... Berlawan dengan perasaan sendiri.. Bukan diri tidak menerima takdir, bukan hati tidak redha dengan kehendak Illahi tapi kerana terlalu rindu padanya... Terlalu rindu pada insan itu, insan yg bergelar ayah..

aku rindu ayah.. 
aku rindu kasih ayah.. aku rindu pelukan dan ciuman dari ayah.. 
aku rindu kemesraan dari ayah.. aku rindu gelak tawa ayah.. aku rindu gurauan ayah.. aku rindu ayah manjakan aku.. aku rindu bebelan dari ayah.. 
aku rindu pesanan-pesanan dan nasihat-nasihat dari ayah.. 
aku rindu ingin berkongsi cerita dengan ayah.. 
aku rindu semuanya tentang ayah....

Tapi aku sedar, 
ini semua kehendak Allah.. Dia lebih menyayangi ayah.. 
dari Dia kita datang dan pada Dia juga lah kita akan kembali.... 
Aku redha...

Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa arwah ayahku dan arwah abangku.. Kau tempatkanlah mereka digolongan orang-orang yang beriman. tempatkanlah mereka disisi kekasih-Mu Ya Allah.. tenangkanlah arwah ayah dan arwah abang disana.. Jauhkan mereka dai segala azab kubur mahupun azab api neraka jahanam.. Temui dan satukan kami sekeluarga di akhirat kelak.. Amin yan rabbal alamin..
Al-Fatihah.....

c/c: kepada semua yg masih ada ayah, hargailah mereka sebelum terlambat.. jangan biadap, jangan kurang ajar.. Ingatlah, bila insan yg bergekar ayah itu sudah tiada, korang akan rasa kehilangan yg sangat besar... kerana kasih mereka tak mungkin dapat dicari mahupun dibeli...kasih mereka tiada gantinya didunia ini... 

kepada yg sudah tiada ayah seperti sy.. marilah kita sama2 sentiasa mendoakan mereka dan selalu sedekah Al-Fatihah kpd mereka.. Sesungguhnya doa dan amalan dari anak yang soleh menjadi bekalan untuk mereka.. Jaga tingkah laku kita.. Jangan kerana dosa2 kita, mereka terseksa dan terheret ke neraka.. Jaga hubungan kita dengan Maha Pencipta lagi Maha Esa.. kerana itulah jambatan untuk kita bertemu dan bersatu semula dgn mereka di akhirat nanti... In Shaa Allah...

"marilah kita sama2 mendoakan mereka"

Amin Ya Rabbal Alami..

#aku sayang ayah dan rindu ayah#