Kehidupan seorang hamba yang lemah...,

Hidup ibarat roda... ade masenye kita di atas, dan ada kalanya kita akan berada di bawah....
,
Realiti kadang-kadang tidak akan seindah impian..
Terimalah hidup ini apa Adanya, kerana setiap yang berlaku ada hikmatnya... Tuhan tidak akan menduga hambanya dengan sia2... Pasti ada sebab dan tujuanNya kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..Tuhan tidak akan menduga hambaNya melebihi apa yg hambaNya mampu tanggung....

Wednesday, February 23, 2011

thiNk Ab0ut it !!!!


~Sesuatu yang kita tidak perasan atau tidak terfikir langsung~


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kita dan sanggup mati kerana kita.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kita dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci kita adalah kerana dia ingin menjadi seperti kita.

4. Senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai kita.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati kita sebelum dia tidur.

6. kita amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. kita seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang kita tidak ketahui menyayangi kita.

10. Apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.

11. Sekiranya kita merasakan kita dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin kita yang meminggirkan mereka.

12. Apabila kita terfikir kita tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini, mungkin kita tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya kita percaya pada diri sendiri lambat-laun kita akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang kita terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan kita, kita akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya kita mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.


Seminit..,
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
Ambillah sedikit masa dan kita sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

fikir- fikirkan lah...., =p

No comments:

Post a Comment