Kehidupan seorang hamba yang lemah...,

Hidup ibarat roda... ade masenye kita di atas, dan ada kalanya kita akan berada di bawah....
,
Realiti kadang-kadang tidak akan seindah impian..
Terimalah hidup ini apa Adanya, kerana setiap yang berlaku ada hikmatnya... Tuhan tidak akan menduga hambanya dengan sia2... Pasti ada sebab dan tujuanNya kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..Tuhan tidak akan menduga hambaNya melebihi apa yg hambaNya mampu tanggung....

Thursday, January 5, 2012

riNduuu tAnpa hEntii.... kAsih tAnpa nOkhtah....

perginya buat selamanya.....
"Walau kau tiada di sini,
Ku tetap ingat semua pesanmu...
Ku hidup seolah-olah kau masih ada,
Bisikan kata kepadaku...."
sayunya terasa di lubuk hati ini... kini hidup aku tanpa dia..
semalam, aku menangis lagi..
menangis kerana rinduku padanya tidak tertahan lagi..
segala bayangan serta ingatan bermain di minda..

Abang.., 
pergimu buatkan hidupku terasa sepi..
segala kenangan bersama sentiasa aku ingati..
ingin ku ulang, hari2 indah itu..
namun, semua itu hanya mimpi..
kini, engkau telah pergi menemui Ilahi...
Abang,
walau engkau disana..
namun hatiku sentiasa terasa engkau masih berada disisi..
pergimu bagaikan separuh nafasku hilang..
semangatku luntur, impianku terkubur..
namun, akan ku kuatkan hati ini untuk terus berjalan
demi mengapai impian mak ayah serta keluarga..
aku tahu, andai engkau di sini..
tentunya kau ingin aku mengapai segalanya itu...

Ya Allah,
Hanya Engkau Maha Mengerti,
bukan perginya tidak diredhai
tapi hati sayu mengenangkan 
yang kini dia sudah tiada disisi...
Ya Allah,
kuatkan diriku ini..
sinarkan kembali semangatku, serta hidupkan kembali impianku.. 
jayakan aku dan restui perjuanganku..
aku ingin semua bahagia...
aku ingin lihat dia tersenyum bangga..

kasihku padanya tiada nokhtah... rinduku padanya takkan terhenti..
aku sentiasa berdoa, agar aku dipertemukan bersama disana nanti..
walau jauh disana... namun ku rasa engkau dekat disisi...
sampai bila2 engkau bagiku takkan ada pengganti..

i luv n miss him so much..
Ya Allah, tempatkan Arwah abgku di tempat org2 yg beriman..
amin..

No comments:

Post a Comment